Konsep Raja Berperlembagaan di Malaysia

Pemerintahan Beraja merupakan salah satu ciri yang unik dan penting di Malaysia. Menurut Tun Mohamed Salleh Abas di dalam buku beliau yang berjudul “Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Malaysia”, pemerintahan Beraja merupakan salah satu daripada unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.Walaubagaimanapun, semasa zaman penjajahan British, keadaan telah berubah kerana kuasa mutlak Raja-Raja telah mula hilang secara beransur-ansur. Bermula daripada Sistem Residen yang menghendaki Raja-Raja Melayu menerima seorang penasihat British hinggalah penubuhan Malayan Union pada tahun 1946, dapat dilihat bahawa pihak British telah mengurangkan kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu.Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pemerintahan beraja telah dikekalkan. Walaubagaimanapun, ia telah disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita. Muncullah Konsep Raja Berperlembagaan yang bermakna, kuasa raja yang dibatasi oleh perlembagaan.